Unik, Alat Perang Milik Tentara Uni Soviet Ditelan oleh Alam Semulajadi
The Jambi Times,. Walaupun perang Dunia II telah lama berlalu, namun ia tetap saja meninggalkan bekas mendalan yang tidak mungkin dilupakan sebahagian orang hingga ke hari ini. Banyak peralatan Perang Dunia ke-2 telah disimpan di muzium di serata dunia untuk ditatap kepada generasi kini.
Namun, hutan yang terletak di Rusia ini telah memperlihatkan sesuatu yang unik apabila peralatan dari Perang Dunia ke-2 seperti helmet, mortar, hingga bom tangan yang terdapat di sana telah "ditelan" oleh pokok-pokok. Ada diantara alat-alat itu yang berbahaya kerana berkemungkinan masih aktif.
Hutan ini dahulunya menjadi tempat berperang dan persembunyian tentera Soviet. Jadi tidak hairanlah jika banyak peralatan perang yang tersimpan dan ditinggalkan di sana. Lambat laun, pokok yang tumbuh selepas perang "memakan" peralatan perang tersebut seperti helmet yang "dicucuk" oleh pokok yang menjulang tinggi. Pada perang dunia ke-2, Soviet dianggarkan kehilangan 20 juta orang baik dari pihak tentera atau orang awam.
Sumber : 𝓙𝓪𝓼𝓼𝓸𝓷 𝓚𝓲𝓷𝓰 𝓕𝓪𝓷𝓼 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵