Troll A Platform, Obyek Terbesar yang Digerakkan Manusia di Bumi
The JambibTimes, Troll A platform adalah satu platform gas luar pesisir semula jadi dalam bidang gas di luar pantai barat Norway. Memiliki ketingian 472 meter(1,549 kaki), struktur konkrit dalam air 369 meter dan berat 656,000 tan telah menjadikan Troll A platform sebahagian reka bentuk hebat dalam sejarah pembinaan.
Bukan sahaja Troll platform antara projek kejuruteraan terbesar dan paling kompleks dalam sejarah, ia merupakan objek terbesar yang pernah digerakkan oleh manusia di seluruh permukaan bumi.
Platform ini menjadi sensasi di televisyen apabila ia ditarik ke Laut Utara pada tahun 1996 di mana ia kini dikendalikan oleh Statoil.
Pada masa itu, kaki platformnya telah diangkut dan kemudian disokong oleh alat-alat pengapungan. Keseluruhan Troll platform telah dipasang di satu lokasi kemudian terapung ke laut. Ianya telah ditarik lebih 200 kilometer di bahagian utara Rogaland di utara-barat Bergen hingga mengambil masa selama tujuh hari.
Salah satu kaki konkrit silinder itu mempunyai lif yang mengambil masa selama sembilan minit untuk perjalanan dari platform di atas ke dasar laut. Dinding Troll A memiliki lebih 1 meter tebal yang diperbuat daripada besi konkrit yang dibentuk. Pada tahun 1996, platform ini ditetapkan dalam Guinness World Record bagi 'platform gas luar pesisir yang terbesar.
Sumber : 𝓙𝓪𝓼𝓼𝓸𝓷 𝓚𝓲𝓷𝓰 𝓕𝓪𝓷𝓼 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵