News Breaking
Live
wb_hadi

Breaking News

Silsilah Parameswara. Dari berbagai sumber

Silsilah Parameswara. Dari berbagai sumber

Salasilah Keturunan Parameswara Dari Awal Hingga Akhir Dari Kerajaan Srivijaya Dan Tidak Mempunyai Kaitan Dengan Dinasti Chola. Malah Dari Keturunan Parameswara Inilah Diturunkan Ke Kesultanan Perak Sehingga Kini.

Salasilah Raja Paramewara (Dharmaraja atau Paduka Sri Parameswara) yang berakar umbi dari Raja Maulivarmadeva iaitu Raja Dharmasraya kepada puterinya iaitu Dara Jingga yang berkahwin dengan keturunan bangsawan Majapahit iaitu Adwayawarman atau Adwayabrahma dan pekara ini ada dicatitkan dalam Prasasti Kuborajo 1 dan Prasasti Padang Roco. Perkahwinan kedua pasangan ini melahirkan Raja Adityawarman iaitu Raja Malayapura (Pagaruyung).  Anak Adiyawarman ini iaitu Ananggawarman dan pekara ini ada dicatitkan dalam Prasasti. 

Apabila kerajaan Srivijaya di Palembang jatuh pada abad ke-14 akibat kebangkitan kerajaan Majapahit. Kerabat diraja Srivijaya yang terselamat melarikan diri ke sekitar Kepulauan Nusantara. Diantara kerabat raja tersebut adalah seorang putera raja iaitu Sang Nila Utama yang melarinkan diri ke Temasek atau Tanah Ujung. Beliau adalah anak kepada pasangan raja Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Purba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun iaitu pemerintah Palembang). Beliau memerintah di Temasek bermula pada 1324 hingga 1372 masihi. Beliau kemudian berkahwin dengan Puteri Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri dan dikurniakan seorang putera dikenali sebagai Paduka Sri Pekerma Wira Diraja yang kemudian  memerintah Temasek dari tahun 1372 hingga 1386 masihi. 

Pemerintahan Temasek kemudian diteruskan oleh cucu beliau iaitu Paduka Sri Rana Wira Kerma (1386 hingga 1399 masihi) dan terakhir adalah cicit beliau iaitu Paremewara atau Paduka Maharaja Parameswara (1399 hingga 1401). Setelah Majapahit menawan Temasek pada 1401. Parameswara melarikan dari ke Semenanjung dan menubuhkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Malah Kesultanan Melayu Melaka inilah kemudian diteruskan kepada Kesultanan Perak melalui Sultan Mudzaffar Shah 1 dan sultan  seterusnya sehinggalah Raja Nazrin Shah sekarang ini.

Tags

Newsletter Signup

Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque.